Thursday, March 3, 2011

Abah.

Abah dah 11 tahun meninggalkan aku dan family. selama 11 tahun ni juga kami sekeluarga bersama2 mengahadapi rintangan dan kepayahan dalam hidup tanpa Abah. Bagi aku orang yang paling penat dan terasa adalah Mak......... Kesian mak segala macam benda mak buat untuk melupakan kesengsaraan itu ,tapi bila mak duduk sorang2 dan kadang2 aku tengok muka mak sayu sangat dan ketika itu aku cuba bertanya "Mak.... mak kenapa?" mak aku diam............ 2 minit lepastu mak pandang aku dan bertanya " Macam manalah hidup kita ni agaknya kalau abah kau ada lagi"...... aku terdiam dan bagi kesempatan ni untuk mak aku meluahkan perasaan ...... yelah agak lama dah abah meninggalkan kami. Bayangkan dengan tiba2 abah pergi tanpa sebarang petanda dan pesanan diwaktu  umur aku 12 tahun aku memang tak boleh berfikir dengan cepat , aku hanya memandang dan menagis sahaja ...... Adik aku adalah yang paling kesian sebab walaupun umur aku 12 tahun bagi aku abah dah bagi cukup kasih sayang untuk aku ingat sampai bila2, tapi adik aku baru berumur 10 tahun pada waktu itu apa yang dia tahu main dan berseronok sampaikan waktu abah meninggal dia sempat main kejar2 depan rumah..... Aku sedih tengok dia main sorang2 seperti takda apa yang berlaku dan bila mak aku pangil masuk duduk sebelam janazah abah dia senyap je sambil menagis sebab abah tak bergerak ......... dah besar ni apa agaknya perasaan dia bila tengok keluarga orang lain bergembira ,berjalan dan bermesra dangan ayah masing2...

Mak selalu cerita tentang kepayahan serta kehidupan sewaktu Abah berada disisi dia ......kadang kala aku sengaja taknak pandang muka mak sebab aku tahu mak akan sedih dan airmatanya akan mengalir sama... kesian aku tengok mak terpaksa menghadapi waktu2 getir ni ,kalaulah aku dah besar waktu abah pergi tentu aku tak macam ni mencari jawapan sorang2 ,menyelami perasaan sendiri dan menagis mengimbau masa lalu.... aku tak boleh nak bercerita panjang disini kerana sedihnya hati ini hanya tuhan saja yang tahu.......


********** Abah semoga Abah ditempatkan di tempat yang suci dan hampir disisi-Nya *************

No comments:

Post a Comment

Soley soley

*PROMOTE*

iluvislam