Monday, June 15, 2009

Abah

Semakin dekat dengan hari bapa ni banyak keluar cerita tentang kisah ayah yang kebanyakannya kisah sedih aku memanglah terasa sangat sedih tu ..9 tahun abah pergi meninggal kan kami sekeluarga masa bah pergi aku dalam darjah enam ,aku lagi perwatakan abah dan sikap abah masa abah ada,abah bukanlah seorang yang memperlihatkan kasih sayangnya secara zahir tapi aku tahu yang abah memang sayangkan kiteorang sekeluarga ..memperlihatkan wajah abah yang bengis memang orang semua akan anggap abah seorang yang pemarah dan panas baran ,memang betul tapi semua tu hanya ditonjolkan kapeda anak-anak dia sahaja sebab kalau di luar rumah abah seorang yang peramah dan ramai kawan.masa kecil dulu memang ar teranya kenapa,tapi dah besar ni baru aku tahu kenapa perangai seorang bapa itu akan berubah dalam mendidik anak-anak supaya kimi semua menjadi orang yang berguna kelak.

Walaupun abah tegas dan kadang-kadang baran tapi abah bukanlah seorang yang “boring” abah pun selalu menghiburkan kami semua dengan cerita ,teka teki dan kadang-kadang tu bila ingatkan gelak ketawa abah air mata aku mengalir tak tau kenapa sedangkan benda tu adalah bayangan kegembriraan, mugkin sebab dah tak dapat nak dengar cerita abah ,gelak ketawa abah dan senyuman abah.

Abah selalu cakap kat kami semua yang” ilmu itu penting abah masa kecil-kecil dulu tak dapat nak belajar sampai habis,tak mampu nak belajar belajar pun sendiri-sendiri asalkan dapat menulis dan tahu baca dah pandailah tu,jangan jadi macam abah selagi abah bekerja ni belajar lah dan jangan lupa mengaji abah nak ajar mengaji abah tak berapa pandai nanti pergi rumah mak esah abah anta belajar mengaji ‘ungkapan ni walaupun kosong bagi aku dulu tapi dah menjadi satu ungkapan keramat bagi aku untuk aku terus belajar,belajar dan belajar untuk masa depan aku sendiri dan keluarga aku .mak jugak menjadi semangat aku dan segala-galanya bagi aku.

Abah dah banyak berkorban demi kami semua ,latuh bangun abah bekerja semuanya nak sempurnakan kehidupan kami dan bermacam-macam dugaan dan kesepitan yang telah kami sekeluarga lalui semuanya kami tempuhi dengan kesabaran,ketabahan,dan berkat doa mak dan abah yang diperlihatkan ,disebabkan abah dan mak aku jadi tabah dan lebih berhati-hati dalam menempuhi segala onak dan duri yang bagi aku masih kecil dan akan sentiasa tumbuh besar membuatkan aku sedar yang pegorbanan yang akan aku lalui sekarang ni taklah sehebat cabaran dan dugaan yang dilalui mak dan abah masa lalu.
9 tahun abah pergi kadang-kadang aku teringatkan abah dan ingatan ini selalunya akan mengingatkan aku waktu-waktu abah bersama aku dan keluarga aku ,sedih sangat-sangat bila ingatkan kisah-kisah lalu,wajah abah akan sentiasa berada dalam diri aku kadang-kadang aku takut memori ini akan hilang dalam ingatan aku tapi aku berjanji pada diri sendiri bahawa abah akan sentiasa berada dalam ingatan aku .

Apa yang aku tulis ni sikit saja dari kisah aku sebab aku hanya nak berkongsi bersempena hari bapa ni,aku akan sentiasa berdoa yang abah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan ditempat kan di syurga ALLAH s.w.t..insyaAllah …aku sentiasa ingatkan diri dan muhasabah diri sendiri dengan perkataan ni,,,

“mak dan abah adalah ibu bapaku dunia akhirat,

Abang-abang dan adikku keluargaku dunia akhirat .

Kawan-kawanku sahabatku dunia akhirat,

Kerana mereka adalah orang yang sentiasa berada dalam ingatanku,

Yang selalu aku doakan hingga ke akhir hayat,

Sesungguhnya Allah yang memberi berkat,

Untuk kami didunia dan akhirat,

Menjadi pedoman ke akhir hayat.

Soley soley

*PROMOTE*

iluvislam