Sunday, June 21, 2009

Kawan …..

3 sahabat itulah yang menjadi buah mulut kawan-kawan dalam kelas 3 sahabat itu ialah (aku,I dan A),nak cakap suka memang aku suka sebab perkataan yang disebut hari-hari tu lah dapat menguatkan semangat aku untuk terus merapatkan hubungan dengan kawan-kawan baik aku …start with the first year aku study malu nak berkawan dengan orang yang aku anggap lebih pandai dan tak sama taraf dengan aku tapi Alhamdulillah ada jugak orang yang nak kawan nak kawan dengan aku dan sanggup anggap aku kawan baik,kenangan yang tak dapat aku nak lupakan bila pergi kelas sama-sama,buat assignment,makan,aktiviti dan bila salah seorang dari kami dalam kesusahan mesti berpakat macam mana nak tolong.

Tapi semua itu dulu sebab semuanya dah berubah sekarang ,kadang-kadang aku terpikir adakah aku penyebab kepada kerenganggan yang berlaku atau aku yang menjadi penghalang kepada persahabatan yang terjalin lebih awal diantara mereka.
I seorang yang baik ,bersemangat dalam segalanya dan suka menolong. Aku seronok dapat berkawan dengan I selama aku berkawan dengan I suka membuat lawak dengan cerita-cerita yang pernah berlaku pada dirinya.tapi I berubah dengan pantas tanpa kami sedari hari-kesehari I mudah melupakan kesusahan dan kesenagan yang dilalui bersama selama ini orang sekeliling yang tak tahu apa sebabnya menyalahkan kami kerana menjauhkan diri tetapi hakikatnya sengsara yang ditanggung kami lebih mendalam kerana I sendiri yang menjaukan diri dari kami hari-kesehari.cerita demi cerita yang keluar dari mulut rakan-rakan ,pensyarah,dan kawan-kawan I yang sedikit demi sedikit menghiris hati kami yang mendengarnya.

Tapi aku tak kisah tentang semua itu dari hari kehari aku memikirkan cara hendak merapatkan hubungan yang pernah terjalin ,aku bukanlah orang yang mudah lupa,melatah dan marah pelbagai cara aku lakukan untuk menarik I yang semakin jauh walaupun tekpaksa menebalkan muka aku tak pernah kisah tentang itu sebab bagi aku kawan amat penting mak aku pun pernah cakap kawan baik susah nak cari dan kalu dah dapat janganlah mudah melupakan mereka.tapi aku silap aku lupa pada A yang sentiasa menunggu dan mengharapkan secebis kemaafan dari I dari apa yang I lakukan terhadap A .

A seorang yang penyayang,baik hati,mudah tersentuh,dan berkaliber.A suka menolong kami bila kami dalam kesusahan atas sebab faktor umur A lebih berpengalaman dari kami berdua.A seorang yang mementingkan kemaafan dan jika seseorang itu bersalah A memerlukan walaupun secebis minta maaf dari orang yang bersalah itu.A masih lagi bersama aku dalam apa jua yng berlaku tetapi semenjak kebelakang ini nampak jurang yang aku anggap dapat memisahkan kami juga .A sanggup meninggalkan aku begitu sahaja apabila terserempak dengan rakan-rakan yang baru dia jumpa masa aktiviti yang melibatkan A ataupun seseorang yang dia rindu katanya .kadang-kadang terasa dan kecil hati tapi aku dah paham tentang perkara ini.Dulu tak kira apa kami akan bersama dan A akan meminta aku menemaniya tapi sejak kebelakangan ini seperti A juga telah melupaka persahabatan yang telah dia jalinkan A semakin berahsia dan semakin meluaskan jurang antara kami.

Dari kecil hingga dewasa aku dah mengalami pelbagai pengalaman tentang berkawan tapi aku tak pernah take it deeply dan biarkan ia berlarutan tak kiralah siapa yang salah sama ada aku ataupun orang lain aku tetap akan meminta maaf dan memaafkan ,dan aku tak pernah ambil kisah apa yang orang buat kat aku tetap aku…..tapi apa yang berlaku sekarang membuatkan aku rasa tiada gunanya aku menjadi aku lagi…aku sepatutnya berubah tidak boleh mengharapkan kawan lagi dan sepatutnya lebih berdikari…hari kesehari sedih mencengkam jiwa dan perasaan tapi I dan A seperti tak mempedulikannya penat aku berjuang seorang ,bertugkus-lumus menjagi jawapan kepada persoalan yang terjadi tapi I dan A lebih mementingkan diri mereka sendiri aku tak pernah memilih kawan aku akan sentiasa akan berada disamping mereka jika diperlukan dari awal hingga akhir nampaknya apa yang aku lakukan ini lansung tidak memutikkan sedikit rasa kasih dan sayang seperti mana aku putikkan dalam diri aku untuk mereka yang dikenali sebagai sahabat.

Biarlah apa yang berlaku kesemuanya ditentukan oleh Allah s.w.t aku berserah kalau dirapatkan lagi hubungan kami aku bersyukur kalau tidak aku pasrah ….aku tidak akan melupakan segala kebaikan,budi dan kasih sayang yang pernah berlaku antara kami..

Kawan ,

Kau datang dan kau pergi,

Mancurahkan harapan dan ingatan,

Kesedihan dan kasih sayang

Tapi kau tinggalkan aku sendirian,

Tatkala aku memerlukan,

Sekelumit belas kasihan,

Yang menjadi nyawa,

Penyambung nadi kehidupan,

We being a good friend for such a long time

But I live in a happiness that you make like minutes ago,

I give you happiness like thousand years you with me,

But you live a black hole inside of me.

You give me,

You give me,

Kasih penyambung kepada kesengsaraan

But I belive it’s just a second in my life,

Because you are my friend for all my life…….

Mostly about friend

Teringat dulu sebelum aku masuk belajar kat universiti aku pernah menyimpan azam nak mulakan hidup baru aku nak ubah hidup keluarga aku yang dah banyak bertungkus lumus nak memberikan pelajaran untuk aku dan aku taknak berkawan dengan orang yang akhirnya menjadi kawan rapat sebab aku taknak terhutang budi dan menyayagi mereka dan akhirnya akan meninggalkan mereka seperti kawan-kawan yang lain .Azam aku masih tebal lagi di dada tapi apa yang berubah adalah tentang kawan ,apa yang aku harapkan tak menjadi dah nak masuk 3 tahun aku di universiti ni banyak yang aku belajar tentang kawan ,macam-macam yang terjadi kat aku berkaitan dengan kawan .
Bermula dengan fazry orang pertama yang tegur aku masa orientasi tapi dia bukanlah kawan baik aku sekarang ni tapi dia tetap kawan yang baik bagi aku.Aku mula kenal dengan orang-orang yang aku anggap boleh jadi kawan baik aku masa balik dari perpustakaan selepas briefing dari miss Puspa,apa yang menarik minat aku tentang mereka ni ialah kemesraan mereka dengan yang lain-lain.aku ingat lagi mulanya mereka tak layan aku sebab aku ni bukanlah orang yang outspoken dan peramah semua tu aku dah realize dari dulu lagi tapi walau bagaimanapun aku terpaksa nak cari kawan sebab kalu tak dapat kawan aku tak fikir aku akan gembira dan achive bila berada dalam komuniti dalam bidang aku ni.
Apa yang aku tak sangka aku boleh jumpa 2 hamba ALLAH yang sanggup anggap aku kawan baik aku bersyukur ditemukan dengan mereka ,banyak kenangan yang terindah masa aku kawan dengan dierorang ni antaranya pergi kelas sama-sama,makan sama-sama and most all the thing we do together..But everything has change sorang kawan baik aku dah semakin jauh dari kiterorang tak tau kenapa dan kalu tahu pun biarlah ianya menjadi duri dalam hati kami berdua .walau bagaimanapun bagi aku dia tetap kawan baik aku takde siapa yang dapat mengubah melainkan aku sendiri.
Alhamdulillah walaupun seorang tu jauh tapi yang seorang lagi menjadi semakin dekat dan rapat dengan aku,hanya dialah yang selalu menemani aku keakraban kami dah seperti adik-beradik apa yang tersimpan dalam hati aku akan tersimpan dalam hati dia juga,banyak kenangan manis dan pahit aku tempuhi dengannya dah seperti ada pertalian diantara aku dengan dia setiap kali dia gembira aku akan terasa kegembiraannya dan setiapkali kesedihan membelengui dia tempiasnya akan aku rasa .Mak selalu cakap kat aku nak dapat kawan baik yang macam ni da susah kalu dapat kita kena jaga dan pelihara supaya kekal .
Kami berdua dah berpakat dan merancang akan menyambung pelajaran diperingkat tertinggi bersama ,aku harap apa yang diimpikan kami berdua di kekal ,aku dah anggap dia macam darah daging aku sendiri.kalaulah kami ditakdirkan untuk tidak menjadi kawan baikyang kekal aku harap dia tak akan melupakan aku dan aku akan sentiasa ingat dan berdoa untuk setiap kebahagian yang ingin dikecapi dan ditemukan suatu hari nanti dan kalau diizinkan oleh ALLAH s.w.t aku harap dia akan jadi kawan baik aku dunia akhirat
Ditujukan khas kepada ;MOHD JEFRRY ABU HASSAN
:MUHD NASRIQ ISMAIL

Soley soley

*PROMOTE*

iluvislam