Saturday, November 28, 2009

emotional

Assalamualaikum.......

hari ini aku nak kongsi beberape peristiwa yang terjadi bebrape hari ni.........aku sebenarnya dah penat nak menjaga perasaan orang dan sebaliknya bagi orang-orang yang mintak perasaan dieorang dijaga tak buat benda yang sama macam aku buat..........
beberapa hari lalu terjadi peristiwa yang pahitlah bagi aku...sebab aku takpernah naik temper macam hari tu...lagi lagi dengan budak-budak kelas....(peringatan bukan nak buruk-burukkan kelas yeh just nak kongsi pengalaman)..........dah last sem ni macam-macam yang terjadi tapi satu jer yang aku tak suke .......perkara ni berlaku atas sebab yang tak boleh diterima..........aku marah bukan sebab aku sengaja nak marah tapi salah seorang yang diantara mereka yang tak bertanggungjawab yang menyababkan perkara ni berlaku..................aku dah buat segala yang dia nak ..aku dah banyak menjaga perasaan dia...aku sayang dia sebagai kawan baik aku......apa lagi?????.........tapi dia selalu pentingkan diri sendiri menjadikan aku sebagai batu loncatan untuk membersihkan nama dia..........sedih......tapi dalam pada masa yang sama aku dah lali dengan benda ni......tapi aku tak tahu sampai bila dia nak teruskan berperangai seperti itu........apa-apa pun aku nak g tahu kat sini guys yang aku marah aritu bukan sebab korang aku tahu korang pun tersepit gak.......kiter semua dah salah paham antara satu sama lain kan.....aku nak mintak maaf sangat-sangat..kat korang aku tak sengaja..........maaf sesangat D,S and g BC.............

Wednesday, September 30, 2009

lumrah....

janganlah kite nak mengutok orang sedangkan kite tak tau tah dah bape guni dier mengutok kite......sebab kalu kier mengutok orang benda 2 akan berulang balik kepada kita........

takpayah nak judge orang sedangkan kitersendiri tak reti judge diri sendiri.......
dan lebih buruk lagi orang kite judge adalah orang yang lebih baik dari kita......buat dosa kering.........

takpayah nak menyalahkan orang sedangkan keasalan itu datangnya dari kita sendiri.....seeloknya merendah diri dan meminta maaf satu sama lain....

tak payah menakutkan orang dengan sikap bongkak serta perwatakan panas baran ada kerana orang yeng memperlihatkan keburukan diri sendiri adalah orang yang bodoh....seeloknya merendah diri dan meminta pendapat orang yang menpunyai kebijaksanaan dalam bidang tersebut.....

jangan selalu kata kita tidak sempurna...
atau its depend on individual.....

sebab kite dalam dunia ini bukan hidup sorang ................kalu buruk takyahlah nak ikut nampak sangat bodoh........kalu benda yang baik perlu diikut sebab ia akan membuahkan hasil kelak.......dan kalu tak boleh terima pendapat orang lain bawak-bawaklah muhasabah diri.........sebab orang akan buat benda yang sama kepada kita......

fikir-fikirlah selamat beramal

Sunday, June 21, 2009

Kawan …..

3 sahabat itulah yang menjadi buah mulut kawan-kawan dalam kelas 3 sahabat itu ialah (aku,I dan A),nak cakap suka memang aku suka sebab perkataan yang disebut hari-hari tu lah dapat menguatkan semangat aku untuk terus merapatkan hubungan dengan kawan-kawan baik aku …start with the first year aku study malu nak berkawan dengan orang yang aku anggap lebih pandai dan tak sama taraf dengan aku tapi Alhamdulillah ada jugak orang yang nak kawan nak kawan dengan aku dan sanggup anggap aku kawan baik,kenangan yang tak dapat aku nak lupakan bila pergi kelas sama-sama,buat assignment,makan,aktiviti dan bila salah seorang dari kami dalam kesusahan mesti berpakat macam mana nak tolong.

Tapi semua itu dulu sebab semuanya dah berubah sekarang ,kadang-kadang aku terpikir adakah aku penyebab kepada kerenganggan yang berlaku atau aku yang menjadi penghalang kepada persahabatan yang terjalin lebih awal diantara mereka.
I seorang yang baik ,bersemangat dalam segalanya dan suka menolong. Aku seronok dapat berkawan dengan I selama aku berkawan dengan I suka membuat lawak dengan cerita-cerita yang pernah berlaku pada dirinya.tapi I berubah dengan pantas tanpa kami sedari hari-kesehari I mudah melupakan kesusahan dan kesenagan yang dilalui bersama selama ini orang sekeliling yang tak tahu apa sebabnya menyalahkan kami kerana menjauhkan diri tetapi hakikatnya sengsara yang ditanggung kami lebih mendalam kerana I sendiri yang menjaukan diri dari kami hari-kesehari.cerita demi cerita yang keluar dari mulut rakan-rakan ,pensyarah,dan kawan-kawan I yang sedikit demi sedikit menghiris hati kami yang mendengarnya.

Tapi aku tak kisah tentang semua itu dari hari kehari aku memikirkan cara hendak merapatkan hubungan yang pernah terjalin ,aku bukanlah orang yang mudah lupa,melatah dan marah pelbagai cara aku lakukan untuk menarik I yang semakin jauh walaupun tekpaksa menebalkan muka aku tak pernah kisah tentang itu sebab bagi aku kawan amat penting mak aku pun pernah cakap kawan baik susah nak cari dan kalu dah dapat janganlah mudah melupakan mereka.tapi aku silap aku lupa pada A yang sentiasa menunggu dan mengharapkan secebis kemaafan dari I dari apa yang I lakukan terhadap A .

A seorang yang penyayang,baik hati,mudah tersentuh,dan berkaliber.A suka menolong kami bila kami dalam kesusahan atas sebab faktor umur A lebih berpengalaman dari kami berdua.A seorang yang mementingkan kemaafan dan jika seseorang itu bersalah A memerlukan walaupun secebis minta maaf dari orang yang bersalah itu.A masih lagi bersama aku dalam apa jua yng berlaku tetapi semenjak kebelakang ini nampak jurang yang aku anggap dapat memisahkan kami juga .A sanggup meninggalkan aku begitu sahaja apabila terserempak dengan rakan-rakan yang baru dia jumpa masa aktiviti yang melibatkan A ataupun seseorang yang dia rindu katanya .kadang-kadang terasa dan kecil hati tapi aku dah paham tentang perkara ini.Dulu tak kira apa kami akan bersama dan A akan meminta aku menemaniya tapi sejak kebelakangan ini seperti A juga telah melupaka persahabatan yang telah dia jalinkan A semakin berahsia dan semakin meluaskan jurang antara kami.

Dari kecil hingga dewasa aku dah mengalami pelbagai pengalaman tentang berkawan tapi aku tak pernah take it deeply dan biarkan ia berlarutan tak kiralah siapa yang salah sama ada aku ataupun orang lain aku tetap akan meminta maaf dan memaafkan ,dan aku tak pernah ambil kisah apa yang orang buat kat aku tetap aku…..tapi apa yang berlaku sekarang membuatkan aku rasa tiada gunanya aku menjadi aku lagi…aku sepatutnya berubah tidak boleh mengharapkan kawan lagi dan sepatutnya lebih berdikari…hari kesehari sedih mencengkam jiwa dan perasaan tapi I dan A seperti tak mempedulikannya penat aku berjuang seorang ,bertugkus-lumus menjagi jawapan kepada persoalan yang terjadi tapi I dan A lebih mementingkan diri mereka sendiri aku tak pernah memilih kawan aku akan sentiasa akan berada disamping mereka jika diperlukan dari awal hingga akhir nampaknya apa yang aku lakukan ini lansung tidak memutikkan sedikit rasa kasih dan sayang seperti mana aku putikkan dalam diri aku untuk mereka yang dikenali sebagai sahabat.

Biarlah apa yang berlaku kesemuanya ditentukan oleh Allah s.w.t aku berserah kalau dirapatkan lagi hubungan kami aku bersyukur kalau tidak aku pasrah ….aku tidak akan melupakan segala kebaikan,budi dan kasih sayang yang pernah berlaku antara kami..

Kawan ,

Kau datang dan kau pergi,

Mancurahkan harapan dan ingatan,

Kesedihan dan kasih sayang

Tapi kau tinggalkan aku sendirian,

Tatkala aku memerlukan,

Sekelumit belas kasihan,

Yang menjadi nyawa,

Penyambung nadi kehidupan,

We being a good friend for such a long time

But I live in a happiness that you make like minutes ago,

I give you happiness like thousand years you with me,

But you live a black hole inside of me.

You give me,

You give me,

Kasih penyambung kepada kesengsaraan

But I belive it’s just a second in my life,

Because you are my friend for all my life…….

Mostly about friend

Teringat dulu sebelum aku masuk belajar kat universiti aku pernah menyimpan azam nak mulakan hidup baru aku nak ubah hidup keluarga aku yang dah banyak bertungkus lumus nak memberikan pelajaran untuk aku dan aku taknak berkawan dengan orang yang akhirnya menjadi kawan rapat sebab aku taknak terhutang budi dan menyayagi mereka dan akhirnya akan meninggalkan mereka seperti kawan-kawan yang lain .Azam aku masih tebal lagi di dada tapi apa yang berubah adalah tentang kawan ,apa yang aku harapkan tak menjadi dah nak masuk 3 tahun aku di universiti ni banyak yang aku belajar tentang kawan ,macam-macam yang terjadi kat aku berkaitan dengan kawan .
Bermula dengan fazry orang pertama yang tegur aku masa orientasi tapi dia bukanlah kawan baik aku sekarang ni tapi dia tetap kawan yang baik bagi aku.Aku mula kenal dengan orang-orang yang aku anggap boleh jadi kawan baik aku masa balik dari perpustakaan selepas briefing dari miss Puspa,apa yang menarik minat aku tentang mereka ni ialah kemesraan mereka dengan yang lain-lain.aku ingat lagi mulanya mereka tak layan aku sebab aku ni bukanlah orang yang outspoken dan peramah semua tu aku dah realize dari dulu lagi tapi walau bagaimanapun aku terpaksa nak cari kawan sebab kalu tak dapat kawan aku tak fikir aku akan gembira dan achive bila berada dalam komuniti dalam bidang aku ni.
Apa yang aku tak sangka aku boleh jumpa 2 hamba ALLAH yang sanggup anggap aku kawan baik aku bersyukur ditemukan dengan mereka ,banyak kenangan yang terindah masa aku kawan dengan dierorang ni antaranya pergi kelas sama-sama,makan sama-sama and most all the thing we do together..But everything has change sorang kawan baik aku dah semakin jauh dari kiterorang tak tau kenapa dan kalu tahu pun biarlah ianya menjadi duri dalam hati kami berdua .walau bagaimanapun bagi aku dia tetap kawan baik aku takde siapa yang dapat mengubah melainkan aku sendiri.
Alhamdulillah walaupun seorang tu jauh tapi yang seorang lagi menjadi semakin dekat dan rapat dengan aku,hanya dialah yang selalu menemani aku keakraban kami dah seperti adik-beradik apa yang tersimpan dalam hati aku akan tersimpan dalam hati dia juga,banyak kenangan manis dan pahit aku tempuhi dengannya dah seperti ada pertalian diantara aku dengan dia setiap kali dia gembira aku akan terasa kegembiraannya dan setiapkali kesedihan membelengui dia tempiasnya akan aku rasa .Mak selalu cakap kat aku nak dapat kawan baik yang macam ni da susah kalu dapat kita kena jaga dan pelihara supaya kekal .
Kami berdua dah berpakat dan merancang akan menyambung pelajaran diperingkat tertinggi bersama ,aku harap apa yang diimpikan kami berdua di kekal ,aku dah anggap dia macam darah daging aku sendiri.kalaulah kami ditakdirkan untuk tidak menjadi kawan baikyang kekal aku harap dia tak akan melupakan aku dan aku akan sentiasa ingat dan berdoa untuk setiap kebahagian yang ingin dikecapi dan ditemukan suatu hari nanti dan kalau diizinkan oleh ALLAH s.w.t aku harap dia akan jadi kawan baik aku dunia akhirat
Ditujukan khas kepada ;MOHD JEFRRY ABU HASSAN
:MUHD NASRIQ ISMAIL

Monday, June 15, 2009

Abah

Semakin dekat dengan hari bapa ni banyak keluar cerita tentang kisah ayah yang kebanyakannya kisah sedih aku memanglah terasa sangat sedih tu ..9 tahun abah pergi meninggal kan kami sekeluarga masa bah pergi aku dalam darjah enam ,aku lagi perwatakan abah dan sikap abah masa abah ada,abah bukanlah seorang yang memperlihatkan kasih sayangnya secara zahir tapi aku tahu yang abah memang sayangkan kiteorang sekeluarga ..memperlihatkan wajah abah yang bengis memang orang semua akan anggap abah seorang yang pemarah dan panas baran ,memang betul tapi semua tu hanya ditonjolkan kapeda anak-anak dia sahaja sebab kalau di luar rumah abah seorang yang peramah dan ramai kawan.masa kecil dulu memang ar teranya kenapa,tapi dah besar ni baru aku tahu kenapa perangai seorang bapa itu akan berubah dalam mendidik anak-anak supaya kimi semua menjadi orang yang berguna kelak.

Walaupun abah tegas dan kadang-kadang baran tapi abah bukanlah seorang yang “boring” abah pun selalu menghiburkan kami semua dengan cerita ,teka teki dan kadang-kadang tu bila ingatkan gelak ketawa abah air mata aku mengalir tak tau kenapa sedangkan benda tu adalah bayangan kegembriraan, mugkin sebab dah tak dapat nak dengar cerita abah ,gelak ketawa abah dan senyuman abah.

Abah selalu cakap kat kami semua yang” ilmu itu penting abah masa kecil-kecil dulu tak dapat nak belajar sampai habis,tak mampu nak belajar belajar pun sendiri-sendiri asalkan dapat menulis dan tahu baca dah pandailah tu,jangan jadi macam abah selagi abah bekerja ni belajar lah dan jangan lupa mengaji abah nak ajar mengaji abah tak berapa pandai nanti pergi rumah mak esah abah anta belajar mengaji ‘ungkapan ni walaupun kosong bagi aku dulu tapi dah menjadi satu ungkapan keramat bagi aku untuk aku terus belajar,belajar dan belajar untuk masa depan aku sendiri dan keluarga aku .mak jugak menjadi semangat aku dan segala-galanya bagi aku.

Abah dah banyak berkorban demi kami semua ,latuh bangun abah bekerja semuanya nak sempurnakan kehidupan kami dan bermacam-macam dugaan dan kesepitan yang telah kami sekeluarga lalui semuanya kami tempuhi dengan kesabaran,ketabahan,dan berkat doa mak dan abah yang diperlihatkan ,disebabkan abah dan mak aku jadi tabah dan lebih berhati-hati dalam menempuhi segala onak dan duri yang bagi aku masih kecil dan akan sentiasa tumbuh besar membuatkan aku sedar yang pegorbanan yang akan aku lalui sekarang ni taklah sehebat cabaran dan dugaan yang dilalui mak dan abah masa lalu.
9 tahun abah pergi kadang-kadang aku teringatkan abah dan ingatan ini selalunya akan mengingatkan aku waktu-waktu abah bersama aku dan keluarga aku ,sedih sangat-sangat bila ingatkan kisah-kisah lalu,wajah abah akan sentiasa berada dalam diri aku kadang-kadang aku takut memori ini akan hilang dalam ingatan aku tapi aku berjanji pada diri sendiri bahawa abah akan sentiasa berada dalam ingatan aku .

Apa yang aku tulis ni sikit saja dari kisah aku sebab aku hanya nak berkongsi bersempena hari bapa ni,aku akan sentiasa berdoa yang abah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan ditempat kan di syurga ALLAH s.w.t..insyaAllah …aku sentiasa ingatkan diri dan muhasabah diri sendiri dengan perkataan ni,,,

“mak dan abah adalah ibu bapaku dunia akhirat,

Abang-abang dan adikku keluargaku dunia akhirat .

Kawan-kawanku sahabatku dunia akhirat,

Kerana mereka adalah orang yang sentiasa berada dalam ingatanku,

Yang selalu aku doakan hingga ke akhir hayat,

Sesungguhnya Allah yang memberi berkat,

Untuk kami didunia dan akhirat,

Menjadi pedoman ke akhir hayat.

Saturday, June 13, 2009

12 jun 09

Hari ni aku tak kerja seperti biasa sebab ada masalah teknikal kat tempat kerja ….dalam pukul 1130 kawan aku bag sms sebab puan nora nak jumpa dalam pukul 12 tegahari briefing tentang projek akan datang ..aku jumpa kawan aku pukul 1205 di perpustakaan ..aku bukan cemburu dengan kawan baik aku ni tapi aku gembira sebenarnya dia mempunyai personaliti yang menarik dan peramah jadi aku tak boleh nak haling dia kalau dia nak kawan sebanyak mana pun orang yang dia suka…aku tau aku bukanlah orang yang outspoken,goodlooking,peramah dan disukai ramai macan kawan baik aku ni.aku sedar dari dulu lagi dan aku amat gembira bila ada orang yang sanggup berkawan dengan aku dan sanggup menjadi kawan baik aku .kadang-kadang aku sering menyalahkan diri sendiri dan selalu bandingkan dengan orang lain yang aku ni bukanlah orang yang sosial dan baik untuk kawan-kawan aku ..aku selalu terasa rendah diri bila berada dalam kelompok-kelompok orang yang peramah dan baik seperti dieorang,aku rasa aku patut kurangkan pergaulan dengan orang yang tak setaraf dengan aku dan aku tak patut nak menghalang dieorang daripada berkawan sebanyak mana pun yang dieorang nak…

Setiap hari aku termenung dan muhasabah diri aku ,adakah aku ni sesuai berkawan dengan orang yang macam kawan baik aku ni,adakah aku terlalu menyusahkan dia,dan adakah aku ni selalu menyusahkan orang-orang yang sayangkan aku .aku sedih bila teringatkan perkara-perkara yang dieorang buat kat aku tapi aku tak boleh nak buat apa sebab aku sendir akan lupa perkara tu dan aku tak reti nak membesar-besarkan sesuatu perkara itu.bila aku tengok keseronokan kawan baik aku bile dia dengan kawan-kawan fimas,mpp,junior,senior aku rasa kecik hati sangat dan aku pun tumpang gembira walaupun aku tak dapat kegembiraan itu tapi aku bersyukur sebab dapat tengok orang gembira macam tu.

Di sudut hati kecil aku ni memang memendam perasaan dan ingin gembira dan sentiasa baik ,peramah dimata orang tapi itu bukan kuasa aku ,apa yang Allah beri selama ini adalah sangat baik dan sempurna walaupun kadang-kadang menimbulkan persoalan yang bukan-bukan tapi bila aku muhasabah diri semula aku akan teringat yang apa yang berlaku kat aku ni bukanlah kehendak aku dan ianya adalah ketentuan ilahi aku patut rasa bersyukur sebab masih ada orang yang menyayangi aku seperti mak,abang-abang dan adik aku.dari apa yang aku dengar ramai yang cakap lebih baik pentingkan diri sendiri dari mementingkan orang lain ,kalu nak dipikirkan memang betul tapi bagi aku boleh pentingkan diri sendiri bila perlu dan aku bukanllah orang yang macam tu,aku akan sentiasa akan ingat kat orang yang telah banyak menolong aku dan mengingati aku dan aku tak suka nak berkira lama-lama paling lama pun seminggu lepas tu aku akan lupa.

Selama aku menjadi pelajar universiti ramai yang boleh aku anggap kawan baik aku dan selalu memberikan nasihat serta mendengar masalah aku antaranya jefri,nashriq,kak an,ayu,farhana,paen,dan yang terbaru putri aku sayang kat dieorang semua tapi semua tu dah berlalu dieorang pun dah ada life sendiri eloklah aku mengundurkan diri dan lebih baik aku meluahkan perasaan kat buku atau diri sendiri.aku tak boleh mengharapkan orang lain melainkan diri sendiri perkara ni yang mak aku selalu cakap kat aku untuk membantu aku lebih berani dan kuat kat dunia ni.

Sunday, June 7, 2009

Mak

07/06/09

sejenak aku teringatkan ibuku dirumah "apakah yang sedang ibuku lakukan" tak kisahla apa yang ibuku sedang lakukan semuanya adalah demi kebaikan diri sendiri dan keluarga...

mak telah banyak berkorban dan berjuang demi membesarkan aku...tak kira apapun yang berlaku senyuman dan perkataan yang keluar dari mulut manis ibu membuatkan semangat menjulang tinggi dari tubuhku "takpayahlah kau risaukan mak dik,kau belajar sampai abis dapat keje dan ingat makkat sini ,mak dah bersyukur sangat-sangat".

air mata yang nak mengalir disekat oleh kepedihan dan kepenatan membangting tulang demi untuk melihat anak-anaknya berjaya dikemudian hari adalah air mata yang amat bermakna dan berharga bagiku sebagai anak takkan ku biarkan ianya jatuh kebumi lagi...

air mataku amatlah tidak bermakna jika hendak dibangdingkan dengan kesedihan ibuku yang telah berpuluh tahun bergelenangan dikelopak matanya.........

ibu menangis kerana,

melihat anaknya tidak cukup makan

melihat suami yang pulang kepenatan demi untuk mencari sesuap nasi

berdoa kepada Allah supaya dilimpahkan rezeki

aku menagis kerana,

tak dapat beli barang kesukaan aku

takdapat makan makan yang sedap

takdapat teman wanita idamanku.....

tanpa memikirkan apa yang bermain di minda ibuku.........

Mak adik takkan lupakan jasa mak sampai bila-bila dan akan menjaga mak selagi hayat yang ada tiada yang lebih penting dari berdoa kepada ALLAH supaya memanjangkan umur mak,memberikan kesihatan yang cukup,dan melihat anak-anak mak berjaya.INSYAALLAH

Wednesday, March 11, 2009

NICE lecturer

Assalamualaikum....

I have one story that i want to share about my lecturer....

Semester ini aku ambil 6 subjek semua subjek aku suka dan kesemua lecturer yang mengajar aku atau kami semuanya baik-baik, dan yang amat penting ada seorang lecturer ni yang very understanding yang sentiasa menjaga hati pelajar ....setiap kali aku masuk kat dalam bilik she.She always find words or ways to show that she is not lebihkan sesiapa.... lecturer ni baik sangat.......

aku nak sampaikan terima kasih dan tanda hormat aku kat lecturer ni nama dia ....................esok aku bagi tahu yeh......terima kasih puan ......

Monday, March 9, 2009

Care

Salam....

politik,politik,politik.............
sekarang ni dah macam satu pertandingan merebut kuasa pulak .....sebenarnya dieorang semua ni just pentingkan diri sendiri je ...suruh undi lepastu biarkan jew pengundi yang mengharapkan sesuatu yang takkan mungkin berlaku,tak pahamlah dieorang ni ,actually for me nowadays, the politician is just like nothing for us ,now on they always said that "malaysian should have critical mind and should have first class minded but the reality is see by your own,,,,,,,,,fighting with each other in parlimen macam anjing dengan kucing lepas tu berhujah benda yang tak masuk akal and after that cemuh orang kat dalam tu macam no one see you in there........shamed of politician ,how come we as the student ar people who have critical minded want you all be as our YB or so on....think guys

Please guys tidak kira samada you from pembangkang atau goverment ,what should you do is kekalkan perpaduan yang selama ini boleh kita banggakan dan fikir,tafsir atau rujuk semula tentang perkara yang sepatutnya anda semua lakukan dan bukannya berpolitik hanya untuk kepentingan diri sendiri....

masalah gender (who's supposed to be blamed)

Assalamualaikum....

Kepada semua pembaca ini adalah pendapat daripada adeq@5rus semata-mata dan bukannya hendah menyakiti atau hendak menidakkan sesuatu yang telah ditetapkan .

Dengarlah pendapat dari saya.....

Masalah gender bukannya masalah baru yang sering diperkatakan, tetapi baru-baru ini masyarakat telah didedahkan tentang masalah ini dan dipublisitikan oleh sesetengah pihak dengan tujuan menjual cerita sehingga menyebabkan golongan yang tergolong dalam "masalah gender" ini di disalahkan dan dicemuh oleh segelintir pihak dan bukan itu sahaja keluarga mereka juga dipandang serong.

Bagi adeq@5ruz golongan ini atupun keluarga mereka tidak boleh dipersalahkan kerana, masalah ini telah berlaku dari abad-abad sebelum masihi lagi.Terjadinya masalah in adalah dengan kehendak Allah S.W.T tiada siapa yang boleh membantah atau menyalahkan sesiapa sebaliknya kita sebagai salah seorang manusia ataupun kaum muslimin perlu mencari penyelesaian kepada masalah ini,mereka telah dilahirkan sebegitu jikalau seseorang itu hendak menasihat atau mencemuh mereka perlulah merujuk kepada orang yang telah mengalami atau mempunyai pengalaman itu.

Tentu ada hikmahnya Allah menjadikan golongan sebegitu . Semestinya dugaan dan cabaran yang mereka lalui amat getir dan hebatnya dan Allah itu Maha mengetahui serta Menyayangi umat-umatnya.

Pendapat yang paling bernas adeq@5ruz boleh beri ialah seharusnya kita memahami mereka,menyayangi mereka,menolong mereka dan menjauhkan serta mengelakkan meraka dari jerjebak atau terhasut dengan nafsu serta kehendak yang terlarang ..........InsyaAllah.....

Soley soley

*PROMOTE*

iluvislam