Monday, March 9, 2009

masalah gender (who's supposed to be blamed)

Assalamualaikum....

Kepada semua pembaca ini adalah pendapat daripada adeq@5rus semata-mata dan bukannya hendah menyakiti atau hendak menidakkan sesuatu yang telah ditetapkan .

Dengarlah pendapat dari saya.....

Masalah gender bukannya masalah baru yang sering diperkatakan, tetapi baru-baru ini masyarakat telah didedahkan tentang masalah ini dan dipublisitikan oleh sesetengah pihak dengan tujuan menjual cerita sehingga menyebabkan golongan yang tergolong dalam "masalah gender" ini di disalahkan dan dicemuh oleh segelintir pihak dan bukan itu sahaja keluarga mereka juga dipandang serong.

Bagi adeq@5ruz golongan ini atupun keluarga mereka tidak boleh dipersalahkan kerana, masalah ini telah berlaku dari abad-abad sebelum masihi lagi.Terjadinya masalah in adalah dengan kehendak Allah S.W.T tiada siapa yang boleh membantah atau menyalahkan sesiapa sebaliknya kita sebagai salah seorang manusia ataupun kaum muslimin perlu mencari penyelesaian kepada masalah ini,mereka telah dilahirkan sebegitu jikalau seseorang itu hendak menasihat atau mencemuh mereka perlulah merujuk kepada orang yang telah mengalami atau mempunyai pengalaman itu.

Tentu ada hikmahnya Allah menjadikan golongan sebegitu . Semestinya dugaan dan cabaran yang mereka lalui amat getir dan hebatnya dan Allah itu Maha mengetahui serta Menyayangi umat-umatnya.

Pendapat yang paling bernas adeq@5ruz boleh beri ialah seharusnya kita memahami mereka,menyayangi mereka,menolong mereka dan menjauhkan serta mengelakkan meraka dari jerjebak atau terhasut dengan nafsu serta kehendak yang terlarang ..........InsyaAllah.....

No comments:

Post a Comment

Soley soley

*PROMOTE*

iluvislam