Sunday, June 7, 2009

Mak

07/06/09

sejenak aku teringatkan ibuku dirumah "apakah yang sedang ibuku lakukan" tak kisahla apa yang ibuku sedang lakukan semuanya adalah demi kebaikan diri sendiri dan keluarga...

mak telah banyak berkorban dan berjuang demi membesarkan aku...tak kira apapun yang berlaku senyuman dan perkataan yang keluar dari mulut manis ibu membuatkan semangat menjulang tinggi dari tubuhku "takpayahlah kau risaukan mak dik,kau belajar sampai abis dapat keje dan ingat makkat sini ,mak dah bersyukur sangat-sangat".

air mata yang nak mengalir disekat oleh kepedihan dan kepenatan membangting tulang demi untuk melihat anak-anaknya berjaya dikemudian hari adalah air mata yang amat bermakna dan berharga bagiku sebagai anak takkan ku biarkan ianya jatuh kebumi lagi...

air mataku amatlah tidak bermakna jika hendak dibangdingkan dengan kesedihan ibuku yang telah berpuluh tahun bergelenangan dikelopak matanya.........

ibu menangis kerana,

melihat anaknya tidak cukup makan

melihat suami yang pulang kepenatan demi untuk mencari sesuap nasi

berdoa kepada Allah supaya dilimpahkan rezeki

aku menagis kerana,

tak dapat beli barang kesukaan aku

takdapat makan makan yang sedap

takdapat teman wanita idamanku.....

tanpa memikirkan apa yang bermain di minda ibuku.........

Mak adik takkan lupakan jasa mak sampai bila-bila dan akan menjaga mak selagi hayat yang ada tiada yang lebih penting dari berdoa kepada ALLAH supaya memanjangkan umur mak,memberikan kesihatan yang cukup,dan melihat anak-anak mak berjaya.INSYAALLAH

No comments:

Post a Comment

Soley soley

*PROMOTE*

iluvislam