Saturday, June 13, 2009

12 jun 09

Hari ni aku tak kerja seperti biasa sebab ada masalah teknikal kat tempat kerja ….dalam pukul 1130 kawan aku bag sms sebab puan nora nak jumpa dalam pukul 12 tegahari briefing tentang projek akan datang ..aku jumpa kawan aku pukul 1205 di perpustakaan ..aku bukan cemburu dengan kawan baik aku ni tapi aku gembira sebenarnya dia mempunyai personaliti yang menarik dan peramah jadi aku tak boleh nak haling dia kalau dia nak kawan sebanyak mana pun orang yang dia suka…aku tau aku bukanlah orang yang outspoken,goodlooking,peramah dan disukai ramai macan kawan baik aku ni.aku sedar dari dulu lagi dan aku amat gembira bila ada orang yang sanggup berkawan dengan aku dan sanggup menjadi kawan baik aku .kadang-kadang aku sering menyalahkan diri sendiri dan selalu bandingkan dengan orang lain yang aku ni bukanlah orang yang sosial dan baik untuk kawan-kawan aku ..aku selalu terasa rendah diri bila berada dalam kelompok-kelompok orang yang peramah dan baik seperti dieorang,aku rasa aku patut kurangkan pergaulan dengan orang yang tak setaraf dengan aku dan aku tak patut nak menghalang dieorang daripada berkawan sebanyak mana pun yang dieorang nak…

Setiap hari aku termenung dan muhasabah diri aku ,adakah aku ni sesuai berkawan dengan orang yang macam kawan baik aku ni,adakah aku terlalu menyusahkan dia,dan adakah aku ni selalu menyusahkan orang-orang yang sayangkan aku .aku sedih bila teringatkan perkara-perkara yang dieorang buat kat aku tapi aku tak boleh nak buat apa sebab aku sendir akan lupa perkara tu dan aku tak reti nak membesar-besarkan sesuatu perkara itu.bila aku tengok keseronokan kawan baik aku bile dia dengan kawan-kawan fimas,mpp,junior,senior aku rasa kecik hati sangat dan aku pun tumpang gembira walaupun aku tak dapat kegembiraan itu tapi aku bersyukur sebab dapat tengok orang gembira macam tu.

Di sudut hati kecil aku ni memang memendam perasaan dan ingin gembira dan sentiasa baik ,peramah dimata orang tapi itu bukan kuasa aku ,apa yang Allah beri selama ini adalah sangat baik dan sempurna walaupun kadang-kadang menimbulkan persoalan yang bukan-bukan tapi bila aku muhasabah diri semula aku akan teringat yang apa yang berlaku kat aku ni bukanlah kehendak aku dan ianya adalah ketentuan ilahi aku patut rasa bersyukur sebab masih ada orang yang menyayangi aku seperti mak,abang-abang dan adik aku.dari apa yang aku dengar ramai yang cakap lebih baik pentingkan diri sendiri dari mementingkan orang lain ,kalu nak dipikirkan memang betul tapi bagi aku boleh pentingkan diri sendiri bila perlu dan aku bukanllah orang yang macam tu,aku akan sentiasa akan ingat kat orang yang telah banyak menolong aku dan mengingati aku dan aku tak suka nak berkira lama-lama paling lama pun seminggu lepas tu aku akan lupa.

Selama aku menjadi pelajar universiti ramai yang boleh aku anggap kawan baik aku dan selalu memberikan nasihat serta mendengar masalah aku antaranya jefri,nashriq,kak an,ayu,farhana,paen,dan yang terbaru putri aku sayang kat dieorang semua tapi semua tu dah berlalu dieorang pun dah ada life sendiri eloklah aku mengundurkan diri dan lebih baik aku meluahkan perasaan kat buku atau diri sendiri.aku tak boleh mengharapkan orang lain melainkan diri sendiri perkara ni yang mak aku selalu cakap kat aku untuk membantu aku lebih berani dan kuat kat dunia ni.

No comments:

Post a Comment

Soley soley

*PROMOTE*

iluvislam