Sunday, June 21, 2009

Mostly about friend

Teringat dulu sebelum aku masuk belajar kat universiti aku pernah menyimpan azam nak mulakan hidup baru aku nak ubah hidup keluarga aku yang dah banyak bertungkus lumus nak memberikan pelajaran untuk aku dan aku taknak berkawan dengan orang yang akhirnya menjadi kawan rapat sebab aku taknak terhutang budi dan menyayagi mereka dan akhirnya akan meninggalkan mereka seperti kawan-kawan yang lain .Azam aku masih tebal lagi di dada tapi apa yang berubah adalah tentang kawan ,apa yang aku harapkan tak menjadi dah nak masuk 3 tahun aku di universiti ni banyak yang aku belajar tentang kawan ,macam-macam yang terjadi kat aku berkaitan dengan kawan .
Bermula dengan fazry orang pertama yang tegur aku masa orientasi tapi dia bukanlah kawan baik aku sekarang ni tapi dia tetap kawan yang baik bagi aku.Aku mula kenal dengan orang-orang yang aku anggap boleh jadi kawan baik aku masa balik dari perpustakaan selepas briefing dari miss Puspa,apa yang menarik minat aku tentang mereka ni ialah kemesraan mereka dengan yang lain-lain.aku ingat lagi mulanya mereka tak layan aku sebab aku ni bukanlah orang yang outspoken dan peramah semua tu aku dah realize dari dulu lagi tapi walau bagaimanapun aku terpaksa nak cari kawan sebab kalu tak dapat kawan aku tak fikir aku akan gembira dan achive bila berada dalam komuniti dalam bidang aku ni.
Apa yang aku tak sangka aku boleh jumpa 2 hamba ALLAH yang sanggup anggap aku kawan baik aku bersyukur ditemukan dengan mereka ,banyak kenangan yang terindah masa aku kawan dengan dierorang ni antaranya pergi kelas sama-sama,makan sama-sama and most all the thing we do together..But everything has change sorang kawan baik aku dah semakin jauh dari kiterorang tak tau kenapa dan kalu tahu pun biarlah ianya menjadi duri dalam hati kami berdua .walau bagaimanapun bagi aku dia tetap kawan baik aku takde siapa yang dapat mengubah melainkan aku sendiri.
Alhamdulillah walaupun seorang tu jauh tapi yang seorang lagi menjadi semakin dekat dan rapat dengan aku,hanya dialah yang selalu menemani aku keakraban kami dah seperti adik-beradik apa yang tersimpan dalam hati aku akan tersimpan dalam hati dia juga,banyak kenangan manis dan pahit aku tempuhi dengannya dah seperti ada pertalian diantara aku dengan dia setiap kali dia gembira aku akan terasa kegembiraannya dan setiapkali kesedihan membelengui dia tempiasnya akan aku rasa .Mak selalu cakap kat aku nak dapat kawan baik yang macam ni da susah kalu dapat kita kena jaga dan pelihara supaya kekal .
Kami berdua dah berpakat dan merancang akan menyambung pelajaran diperingkat tertinggi bersama ,aku harap apa yang diimpikan kami berdua di kekal ,aku dah anggap dia macam darah daging aku sendiri.kalaulah kami ditakdirkan untuk tidak menjadi kawan baikyang kekal aku harap dia tak akan melupakan aku dan aku akan sentiasa ingat dan berdoa untuk setiap kebahagian yang ingin dikecapi dan ditemukan suatu hari nanti dan kalau diizinkan oleh ALLAH s.w.t aku harap dia akan jadi kawan baik aku dunia akhirat
Ditujukan khas kepada ;MOHD JEFRRY ABU HASSAN
:MUHD NASRIQ ISMAIL

No comments:

Post a Comment

Soley soley

*PROMOTE*

iluvislam